Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud:
"Sehampir-hampir seorang hamba kepada Allah ialah pada tengah malam yg terakhir. Maka sekiranya engkau dapat termasuk golongan orang yang berzikir kepada Allah Taala ketika itu,maka usahakanlah".
Dlm hadis lain juga baginda ada bersabda:
"Sesungguhnya di waktu malam itu terdapat satu masa, sekiranya ada orang yang memohon kepada Allah ketika itu untuk memiliki kebaikan di dunia dan akhiratnya,Allah pasti akan memperkenankan permohonannya itu".
Dari Ibnu Abbas r.a. beliau berkata:
"Rasulullah s.a.w. memerintahkan kpd kami,supaya mengerjakan solat malam dan benar-benar menganjurkan solat itu sehingga baginda bersabda: 'Kerjakanlah solat malam itu walaupun hanya satu rakaat'."
Subhanallah..
best nya klu bleh bwat solat tahajjud ari2 kn..
tp aku ni tidak terlalu berdaya..
malamku sering dihabisi dgn tidur awal..
bangunku mesti sudah terbit fajar...
hurm...
teringinnya aku..
diberikan kekuatan selalu...
untuk bangun di awal pagi..
lalu melakukan solat sunat ini..
walaupun satu rakaat...


